IMG_8384

KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) — Seramai 23 individu didakwa di bawah Akta Hasutan 1948 sejak 2009, persidangan Dewan Negara diberitahu Isnin.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri berkata mereka didakwa atas pertuduhan menghasut melibatkan isu agama, perkauman, kerajaan, mahkamah dan Raja-raja.

“Daripada 23 didakwa, seramai lima orang didakwa (atas) kesalahan menghasut melibatkan penghinaan terhadap Raja-raja,” katanya ketika sesi penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2015 di persidangan itu di sini Isnin.

Beliau juga berkata kerajaan akan meneliti dan mengkaji secara terperinci pindaan yang sesuai terhadap akta itu susulan pengumuman kerajaan untuk mengekal dan memperkukuhkan lagi akta berkenaan.

Kerajaan, katanya, menghargai setiap sokongan dan akan mengambil maklum setiap saranan bagi tujuan memperkukuh akta berkenaan.

— BERNAMA

Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest

Tentang pengarang

Leave a comment