11391280_10153319999402622_8309736325591491248_n

7 faktor kejayaan strategi dalam dakwah

Kejayaan dakwah bergantung kepada pelbagai faktor, mengikut keadaan dan kemahiran da’i melaksanakan amal dakwah.

Berikut ialah tujuh faktor kejayaan strategi dalam memastikan kejayaan dapat dicapai:-

1. Takrifkan matlamat dakwah
Da’i perlu memastikan strategi dakwah sentiasa selari dengan matlamat dakwah. Sekiranya da’i kurang jelas matlamat dakwah maka strategi dakwah juga akan kabur.

2. Letakkan matlamat jangka panjang
Kejayaan dakwah banyak bergantung kepada amal jamaie yang kemas dan tersusun. Penglibatan anggota jemaah perlu dilakukan, dan komunikasi berterusan ialah faktor utama kepada penggarapan dan penglibatan ahli dalam jangka masa panjang.

3. Pastikan ada sokongan kepimpinan
Pada peringkat awalnya da’i mungkin mampu bergerak melaksanakan kerja-kerja asas dakwah di medan, namun pada tahap tertentu amal dakwah perlu kepada panduan, nasihat dan sokongan dari kepimpinan. Ini penting bagi memastikan hasil yang lebih baik dan memberikan impak lebih berkesan.

4. Jelaskan peta strategi
Da’i sudah tahu matlamat dakwah dan telah menyusun visi serta misi dakwah. Tapi bagaimana untuk mencapainya? Da’i perlu kepada peta strategi (roadmap). Tetapkan jalan yang dilalui dan tentukan jalan yang perlu dihindari.

5. Lantik organisasi dan buat sop (standard operating procedure)
Libatkan semua anggota dan putuskan peranan serta tanggungjawab mereka. Pastikan mereka faham dan patuhi cara kerja masing-masing melalui sop yang dipersetujui bersama.

6. Tentukan anggota, sumber dan dana
Diperingkat awal, banyak tugasan dakwah dilakukan sendiri namun akan sampai satu tahap penglibatan lebih ramai anggota diperlukan. Berpandukan kepada misi dan visi dakwah, da’i perlu menentukan tugasan anggota, menguruskan sumber dan dana seiring perkembangan semasa.

7. Labur dalam platform teknologi
Tidak perlu segera mengeluarkan perbelanjaan besar untuk menggunakan teknologi terkini bagi menyampaikan dakwah. Tetapi perlu tetapkan dahulu keperluan dan kesesuaian teknologi yang ingin digunakan agar selari dengan matlamat dakwah.

Yudi Kurniawan Budi
Ketua Penerangan
ISMA Kajang

Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest

Tentang pengarang

Comments

  1. Rayyamohamad Roya
    December 12, 2015 at 4:19 pm

    Apakah strategi dakwah dalam kalangan ahli isma?saya ingin mengetahui lebih lanjut …

Leave a comment