photo188756829498618356

30 Peserta Kelas Tahsin Bersanad Terima Sijil Penyertaan

KAJANG, 4 September – Seramai 30 orang peserta Kelas Tahsin Al-Quran Bersanad menerima sijil penyertaan secara rasmi dalam majlis penyampaian yang diadakan di sini semalam.

Majlis itu diadakan setelah para peserta mengikuti Kelas Tahsin Al-Quran Bersanad dengan jayanya sejak beberapa bulan yang lalu.

Kelas Tahsin tersebut dianjurkan oleh Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Kajang bersama sebuah badan sukarela bukan kerajaan terkemuka Aman Palestin yang dikelolakan oleh Biro Dakwah ISMA Kajang.

Turut hadir membimbing peserta ialah Sheikh Ammar Azmi Soleh ar-Rafati yang dijemput khas oleh Aman Palestin dari Palestin, Ustaz Sobri Awang dari Majlis Ulama ISMA dan Ustazah Hayati Md Zari yang merupakan Ketua Wanita ISMA Port Dickson.

Diantara objektif kelas tahsin diadakan ialah bagi memberikan peluang para peserta mempelajari dan menguasai cara bacaan al-Quran yang tepat secara bersanad.

Menurut Mohd Sahrularifin Ab Manan, Ketua Biro Dakwah ISMA Kajang selaku wakil pihak penganjur berkata Kelas Tahsin Al-Quran Bersanad mendapat sambutan yang menggalakkan dari ramai peserta lelaki dan wanita di sekitar Saujana Impian dan berharap kelas ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

photo13867887214308101

photo384937165914744913

photo188756829498618350

photo384937165914744912

Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest

Tentang pengarang

Leave a comment