PUTRAJAYA, 26 Ogos – Aman Palestin Berhad mengumumkan pelancaran Tabung Dana Pemulihan dan Pembangunan Semula Gaza dengan sasaran kutipan RM50 juta dalam Himpunan Solidariti Ummah pada 13 September ini.

Ketua Pengawai Eksekutif Aman Palestin, Ustaz Awang Suffian Awang Piut berkata, jika sebelum ini kita telah melancarkan tabung kecemasan Gaza, kini kita beralih kepada bantuan membangunkan semula Gaza.

Dana tabung ini akan disalurkan untuk membangunkan semula Gaza yang hancur akibat kekejaman Israel.

Tambah beliau, setakat ini, kos yang diperlukan sangat tinggi.

“PBB telah mengumumkan kos sementara yang diperlukan adalah hampir 410 juta dan jumlah keseluruhan pasti jumlahnya berbillion ringgit.

“Maka dengan ini Aman Palestin akan melancarkan tabung ini di Himpunan Solidariti Ummah.

“Kita sangat mengharapkan seluruh rakyat Malaysia termasuk badan-badan korporat akan turut memberikan kerjasama memberikan sumbangan,” ujar Ustaz Awang.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di Hotel Everly di sini pagi tadi.

Katanya, penganjuran Himpunan Solidariti Ummah secara besar-besaran di Stadium Tertutup Nilai, Negeri Sembilan pada 13 September ini menyasarkan 20 ribu penyertaan rakyat Malaysia.

“Himpunan ini sebagai platform utama kepada rakyat Malaysia untuk menyuarakan kemarahan dan bantahan mereka terhadap kekejaman Israel ke atas Gaza,” ujar beliau.

Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest

Tentang pengarang

Leave a comment