ustaz-bilal(2)

BANGI, 16 Dis – Kefahaman umat Islam di Malaysia terhadap maksud firman Allah swt, ‘Rahmatan lil alamin’ dari surah Al-Anbiya’ ayat 108 didalam Al-Quran perlu dijelaskan dan diperbetulkan.

Al-Fadhil Ustaz Bilal bin Jailani mengatakan sedemikian ketika mengulas mengenai penyalahgunaan ayat tersebut sebagai hujah pihak tertentu bagi menjustifikasikan sokongan terhadap penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

“Hakikatnya, perkataan rahmah (kasih sayang) yang tercatat dalam Al-Quran itu hendaklah ditafsirkan menurut kaedah syarak, bukannya menurut kaedah bahasa dan akal semata-mata,” tegasnya ketika menjelaskan kaedah penafsiran ayat Al-Quran itu.

“Contohnya, hukuman potong tangan pencuri dianggap kejam di sisi sesetengah manusia, tetapi hakikatnya ia adalah rahmat untuk sekalian alam,” ujar beliau.

“Apa yang terjadi pada hari ini adalah, hujah ‘Rahmatan lil alamin’ ini dieksploitasi oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi menjustifikasikan tindakan politik mereka. Malangnya, penghujahan begini tersasar jauh dari kaedah syarak,” katanya menghuraikan dengan lanjut.

“Hukum penggunaan kalimah Allah adalah masalah khilafiyah. Maka seharusnya semua pihak mematuhi keputusan pihak yang berautoriti iaitu pihak mahkamah dan majlis agama Islam negeri,” tambah beliau lagi mengakhiri bicara.

Isu kalimah Allah sekali lagi hangat apabila Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyatakan kebenaran kepada mana-mana pihak menggunakan kalimah suci Allah, yang melanggar enakmen agama Islam di negeri itu dan bercanggah dengan perlembagaan.

Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest

Tentang pengarang

Leave a comment