PicsArt_04-25-09.39.01

Bengkel Komik Dakwah Nazim Kajang jana kreativiti peserta

Oleh Nur Aisyah Bt. Hijazi

KAJANG, 25 April – Kelab Anak-anak Hebat (Nazim) cawangan Kajang berjaya mencungkil bakat dan menjana daya kreativiti peserta melalui program Bengkel Melukis Komik Dakwah di sini pada Ahad.

Bengkel yang dikendalikan oleh Ikramah Aldin itu diadakan di Pusat Komuniti Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) cawangan Kajang di bawah kelolaan Biro Keluarga dan Masyarakat (BKM).

Ikramah yang merupakan seorang pelukis komik sambilan, kerap memenuhi undangan bagi mengendalikan bengkel melukis komik untuk kanak-kanak dan remaja.

Bengkel itu bertujuan mengasah kemahiran melukis bagi menanamkan kefahaman Islam dengan cara yang menyeronokkan sesuai dengan fitrah kanak-kanak yang suka bermain.

“Komik merupakan cara yang paling mudah untuk menjadi medium penyampaian dakwah,” menurut Nurul Azizah Omar, jawatankuasa pengajur bersama Nazim dan BKM untuk bengkel kali ini.

35 peserta kanak-kanak berumur antara 6 hingga 12 tahun, turut menjalani pengisian program Asmaul Husna dan hadis yang berkaitan dengan tema bengkel iaitu sebaik-baik manusia adalah yang bermanfaat kepada manusia lain.

Bengkel berakhir pada tengah hari dan rata-rata peserta sangat seronok mempelajari teknik melukis komik dakwah yang semakin popular hari ini.

PicsArt_04-25-09.39.59

PicsArt_04-25-09.40.52

PicsArt_04-25-09.41.17

PicsArt_04-25-09.41.49

PicsArt_04-25-09.42.22

PicsArt_04-25-09.45.02

Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest

Tentang pengarang

Comments

  1. ANIZA BT WAMIN
    August 23, 2016 at 3:45 am

    As’salam semua
    Saya, Aniza… berminat nak menjadi ahli ISMA. Semoga ukhwah akan terjalin di sini.

Leave a comment