Slide41

Dengan memperolehi 10A+ 1A melayakkan Engku Salman bin Engku Zakir Husien yang merupakan ahli Kelab Remaja Isma (KRIM) dianugerahkan pelajar terbaik SPM 2015 Sekolah Menengah Imtiyaz, Kuala Terengganu yang diumumkan oleh Pengetua , Encik Mohd Yusoff bin Othman.

Seramai 9 pelajar memperolehi 11A , 8 pelajar 10A, 12 pelajar 9A dan 12 pelajar 8A sekolah tersebut. Majlis penganugerahan dan penyampaian slip peperiksaan disampaikan oleh Tuan Haji Jain bin Awang, Timbalan MPIBG.

Berikut ialah tulisan Puan Asma Ahmad, ibu kepada Engku Salman yang juga merupakan Ketua Wanita Isma Kajang.

Alhamdulilah Alhamdulilah Alhamdulilah

Segala puji dan syukur hanya kepada Allah swt atas kejayaan anakanda Engku Salman atas pencapaian cemerlang dalam SPM. Kejayaan ini tidak lain adalah hasil usaha banyak pihak yang telah bersusah payah menyumbang tenaga demi kejayaan ini.

Di sini ingin saya kongsikan beberapa perkara yang saya kira menyumbang kepada kejayaan anakanda Salman:

1. Hafaz quran 30 juzu banyak memberi kekuatan untuk maju dalam pelajaraan.
2. Keluarga banyak memberi motivasi dan galakan.
3. Ikatan hati antara anak dan ibu bapa banyak memberi semangat untuk cemerlang.
4. Guru-guru yang bertungkus-lumus melaksanakan Program-Program kecemerlangan SPM di sekolah
5. Aktif dalam ko kurikulum membantu Salman membahagi masa dengan baik. (Mewakili sekolah dalam Olimpiad Matematik Kebangsaan Peringkat Bongsu 2012 dan Muda 2014 di kem Permata Pintar UKM)
6. Dan yang terakhir yang saya kira paling banyak membantu adalah dengan menyertai Program-Program ISMA seperti perkhemahan dan usrah (anjuran Kelab Remaja Isma). Di sana, Salman bersama kawan-kawan yang sentiasa saling ingat-mengingatkan tentang tanggungjawab manusia sebagai khalifah di muka bumi membuatkan Salman sering termotivasi untuk menjadi seorang manusia yang cemerlang.

Semoga anakanda terus menjadi insan yang berjaya dunia akhirat.

Slide49

Slide7

Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest

Tentang pengarang

Leave a comment