27 Ogos – Hamas mengumumkan peperangan Al-’Asful Ma’kul (Dedaun hancur dimakan ulat) yang memakan masa selama 51 hari telah dimenangi oleh Hamas dan rakyat Gaza.

Hamas juga mengumumkan kemenangan telah berada di pihaknya dari sudut ketenteraan sebelum peperangan berakhir, manakala rejim Zionis Israel telah gagal mencapai matlamat mereka dalam peperangan ini.

Dalam satu kenyataan rasmi yang disiarkan di laman web hamasinfo.net pada petang Selasa waktu Gaza (awal pagi Rabu waktu Malaysia), dinyatakan bahawa Hamas telah menang dari aspek politik apabila tuntutannya telah dipersetujui untuk dipenuhi oleh musuh, antaranya ialah menghentikan kepungan.

Hamas juga telah berjaya dari sudut media apabila kezaliman tentera Israel telah didedahkan kepada dunia. Selain itu, Hamas juga menang dari sudut akhlak apabila hanya menetapkan serangan terhadap tentera Israel sedangkan Israel telah membunuh orang awam termasuk wanita, kanak-kanak dan warga tua.

Kemenangan ini juga membuktikan semua rakyat Palestin telah bersatu hati dalam agenda yang sama iaitu membebaskan bumi Palestin dan Masjid Al-Aqsa daripada cengkaman rejim Zionis Israel.

Hamas juga mengucapkan syukur kepada Allah yang memberi kemenangan dan berterima kasih kepada rakyat Gaza yang telah berjuang, bertahan dan berkorban menentang Israel.

GENCATAN SENJATA SERTA MERTA

Dalam perkembangan berkaitan, portal berita berbahasa Arab Aljazeera.net melaporkan Presiden Palestin Mahmud Abbas telah mengumumkan persetujuan gencatan senjata telah dicapai bagi menghentikan peperangan di Gaza antara Hamas dan Israel.

Gencatan senjata itu berkuatkuasa serta merta pada jam 7 petang hari Selasa waktu Gaza dan akan berlangsung dalam satu tempoh panjang yang tidak diketahui bila akan berakhir.

Mahmud Abbad berterima kasih kepada pihak yang terlibat dalam rundingan antaranya kerajaan Mesir, Qatar, Menteri Luar Amerika Syarikat dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Televisyen Israel pula melaporkan gencatan senjata itu telah dipersetujui Israel dan telah diketahui oleh semua menterinya.

Jurucakap Hamas Sami Abu Zuhri bercakap dalam satu sidang media petang semalam, dua tentera Israel telah terbunuh akibat serangan Al-Qassam beberapa ketika sebelum gencatan senjata diumumkan.

Kata beliau, rakyat Israel yang tinggal di sekitar Gaza telah dibenarkan kembali ke rumah-rumah mereka atas keputusan Hamas, bukan atas arahan Israel.

KEMENANGAN BERSEJARAH

Sami Abu Zuhri juga menyifatkan kemenangan ini adalah kemenangan bersejarah yang dicapai oleh tentera Al-Qassam dan rakyat Gaza, satu kemenangan yang tidak mampu dicapai oleh mana-mana tentera Arab pada ketika ini.

Kata beliau, serangan Al-Qassam dan sayap tentera lain telah berjaya mengepung ruang udara Israel, menyerang kawasan ketenteraan dan tempat strategik, sehingga menyebabkan jutaan rakyat Israel terpaksa berlindung di pusat-pusat perlindungan.

Keadaan ini telah membuatkan kekuatan tentera Israel berada di tahap paling bawah meskipun terkenal dengan kecanggihan alat ketenteraan.

Sami Abu Zuhri juga berkata, kemenangan ini bukan sekadar akan membuka pintu-pintu sempadan, bahkan ia akan membuka pintu-pintu kemenangan untuk matlamat yang lebih besar, iaitu membebaskan Palestin dan Masjid Al-Aqsa dari penjajahan rejim Zionis Israel.

Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest

Tentang pengarang

Leave a comment