tmp_23684-bangkok-treaty-1909-1853642316

Pada hari ini 10 Mac 1909, Siam kini Thailand menandatangani Perjanjian Anglo-Siam 1909 yang menyaksikan Thailand menyerahkan negeri-negeri Melayu iaitu Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu, menjadi sebahagian wilayah pentadbiran British.

Perjanjian itu yang juga dinamakan Perjajian Bangkok 1909 dimeterai diantara Kerajaan British dan Kerajaan Thailand di Bangkok dan kemudiannya berkuatkuasa pada 9 Julai 1909.

tmp_23684-anglosiamesetreaty19090257364850

Kesan perjanjian itu menyebabkan negeri-negeri Melayu terbahagi kepada dua wilayah iaitu Pattani (Malay: ڤتنا (Patani)), Narathiwat (Malay: منارة (Menara)), Songkhla (Malay: سيڠڬورا (Singgora)), Satun (Malay: مقيم ستل (Mukim Setul)) dan Yala (Malay: جال (Jala)) kekal dibawah kekuasaan Thailand.

Kerajaan Thailand melepaskan Kedah (Thai: ไทรบุรี (Saiburi)), Kelantan (Thai: กลันตัน (Kalantan)), Perlis (Thai: ปะลิส (Palit)) dan Terengganu (Thai: ตรังกานู (Trangkanu)) menjadi wilayah kekuasaan British. Keempat-empat negeri itu bersama Johor kemudiannya menjadi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu.

Disediakan oleh
Penerangan ISMA Kajang


www.ismakajang.net
www.ismaweb.net
www.isma.org.my

Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest

Tentang pengarang

Leave a comment