tmp_6021-PicsArt_1426974827485-906867685

Hari ini 22 Mac 2004 bersamaaan 1 Safar 1425 Pengasas pergerakan Islam HAMAS Sheikh Ahmed Ismail Hassan Yassin (1937 – 22 March 2004) (Arab: الشيخ أحمد إسماعيل حسن ياسين‎ ash-shaykh Aḥmad Ismāʻīl Ḥasan Yāsīn) menghembuskan nafas terakhir selepas syahid bersama dua pembantunya dan sembilan orang awam dalam serangan udara oleh Israeli Air Force AH-64 Apache di Semenanjung Gaza.

HAMAS sebuh pergerakan politk dan ketenteraan yang sangat tersusun dan terorganisasi meraih sokongan kuat daripada penduduk Palestin telah melakukan banyak usaha membangunkan Gaza melalui pembinaan hospital, sistem pendidkan, perpustakaan dan sebagainya

Sheikh Ahmad Yassin pengasas Hamas mengalami kekurangan upaya penglihatan dan menggunakan kerusi roda sejak berumur 12 tahun kerana terlibat dengan satu kemalangan, syahid apabila sebuah helikopter Apache rejim Israel melepaskan peluru berpandu kearahnya sebaik selesai melakukan solat Subuh.

tmp_6021-PicsArt_14269752296991300006738

Dunia mengutuk Israel akibat serangan itu dan didakwa sengaja menggagalkan dan mencabuli proses damai yang diusahakan semua pihak.

200,000 orang hadir semasa pengebumian jenazah beliau dan perjuangan Hamas tidak berhenti akibat peristiwa pembunuhan kejam ini, tetapi disambung oleh anak didik Sheikh Ahmad Yassin sendiri iaitu Dr. Abdul Aziz Rantissi yang juga menemui syahid tidak lama selepas itu.

tmp_6021-PicsArt_1426975642767326116049

Hari ini Hamas menjadi tunjang kekuatan Palestin dan mula diiktiraf banyak pihak serta membuka mata masyarakat Islam dan dunia kerana pengorbanan dan keikhlasan perjuangan mereka semasa Perang Israel-Gaza 2014 pada 8 Julai – 26 Ogos 2014.

Perang itu menyaksikan 176,500 tentera Israel yang disokong Amerika berundur dari Gaza yang dipertahankan oleh hanya 20,000 hingga 40,000 Briged Al-Qasam dan 8,000 Bridged Al-Quds.

Hampir 100 tentera Israel terkorban hasil operasi-operasi yang dilakukan Bridged Al-Qassam, dan 3000 orang awam Gaza syahid dibedil peluru berpandu dan misil-misil Israel dalam perperangan ini.

Disediakan oleh:
Penerangan ISMA Kajang

Facebook: https://www.facebook.com/ismakajang
Twitter: https://twitter.com/ismakajang
Instagram: https://instagram.com/ismakajang

Web:
http://www.ismakajang.net
http://www.ismaweb.net
http://www.isma.org.my

tmp_6021-PicsArt_1426975747872-806056852

tmp_6021-hamas-armed-wing-numbers-in-the-tens-of-thousands-and-its-ready-for-a-long-conflict-1772334299

Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest

Tentang pengarang

Leave a comment