ISMA, DBP jalin kerjasama

Oleh Yudi Kurniawan Budi

KUALA LUMPUR, 13 Feb – Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) menjalin hubungan erat dan menghulur tautan silaturahim dengan mengunjungi Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), hari ini.

Rombongan ISMA yang diketuai Naib Presiden 1, Ustaz Muhammad Fauzi Asmun mengadakan pertemuan dengan Ketua Pengarah DBP, Datuk Dr Haji Awang Sariyan di Menara DBP.

Pertemuan itu diserikan dengan taklimat mengenai peranan dan perkembangan DBP dalam mengembangkan bahasa dan kebudayaan Melayu.

DBP juga memberikan komitmen dan kesudian untuk melatih penulis-penulis muda ISMA.

Ketua Pengarah DBP juga memberi saranan agar ISMA mengorak langkah dan menjalin kerjasama dengan organisasi lain bagi tujuan mengembangkan objektif memperkasa bahasa dan budaya Melayu.

Turut mengiringi lawatan itu Yang Di-Pertua ISMA Kajang Nazif Emran Farid; Ketua Pegawai Operasi Jawatankuasa Pusat ISMA, Ustaz Salman Al-Farisi Selamat; Penyelidik Arus Baru, Fahmi Baharudin dan Asyraf Farique dan Jawatankuasa Pusat Pembina, Lukman Abdul Hamid.

Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest

Tentang pengarang

Comments

  1. zulhelmi Mohd Nasir
    February 15, 2015 at 1:55 pm

    Alhamdulillah. teruskan usaha isma kajang!

Leave a comment