IMG-20151112-WA0049

ISMA Kajang buka Pusat Komuniti kembangkan dakwah

KAJANG – Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) cawangan Kajang buat julung kalinya telah membuka sebuah Pusat Komuniti bagi tujuan merancakkan program dan aktiviti dakwah.

Pusat Komuniti yang terletak di Taman Impian Murni, Kajang itu memulakan operasinya hari ini dengan mengadakan kelas pengajian usrah untuk wanita.

Isma Kajang merupakan cawangan pertama seumpamanya bagi Isma yang sudah melancarkan Pusat Komuniti.

Yang Di-Pertua Isma Kajang Nazif Emran Farid berkata Isma Kajang kini mengorak langkah membuka lembaran baru dakwah.

“Alhamdulillah pada hari ini, Pusat Komuniti Isma Kajang mula beroperasi dengan usrah wanita. Kita telah membuka lebaran baru untuk cawangan Isma,” ujar beliau.

Walau bagaimanapun menurut beliau pengoperasian Pusat Komuniti itu memerlukan perbelanjaan dan sumbangan daripada ahli Isma serta masyarakat umumnya untuk terus kekal berfungsi memberi manfaat kepada semua.

Isma Kajang merupakan salah satu cawangan Isma yang masih baru namun hasil usaha gigih jawatankuasa dan ahli cawangan berjaya mengerakkan beberapa program berimpak tinggi sepanjang tahun ini.

IMG-20151112-WA0048

IMG-20151112-WA0047

Pautan: https://www.facebook.com/ismakajang/posts/903996006320408

Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest

Tentang pengarang

Leave a comment