IMG_7898569429036

KAJANG – Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Kajang sedang giat menjalankan usaha mengumpulkan barang keperluan dan sumbangan dana untuk disalurkan kepada mangsa banjir di Pantai Timur.

Ketua Misi Bantuan Khas Banjir 2014 ISMA Kajang, Amiruddin Hussain berkata ISMA bekerjasama dengan Briged Bakti PEMBINA, Yayasan Ikhlas, I-Medik, KRIM dan Wanita ISMA menyasarkan sumbangan sebanyak RM500,000 beserta barangan keperluan dan ubat-ubatan.

“Kita telah menyusun jadual misi khas dan bantuan ke beberapa kawasan yang dilanda musibah termasuk Temerloh, Jerantut, Paloh Inai, Kota Bharu, Kemaman dan Kuala Kangsar,” ujar beliau.

“Bagi setiap misi kita menyasarkan dana sebanyak RM25,000 dan tiga tan barang keperluan dan ubat-ubatan,” katanya lagi.

ISMA Kajang turut membuka pusat pengumpulan barang sumbangan yang dibuka setiap hari dari jam enam petang sehingga 11 malam di Pejabat ISMA Kajang, B-11-1B, Jalan Prima Saujana 2/A, Prima Saujana, 43000 Kajang, Selangor.

Sumbangan boleh disalurkan dengan menghubungi Amiruddin (0196263686) atau Atiq (0134035184).

Jadual Misi Bantuan Banjir

Misi Khas Temerloh
Masa: 31 Dis – 2 Jan
Objektif: Bantuan makanan, selimut

Misi Khas Jerantut
Masa: 31 Dis – 2 Jan
Objektif: Bantuan makanan, selimut

Misi Khas Paloh Inai
Masa: 31 Dis – 2 Jan
Objektif: Bantuan makanan, selimut

Misi Bantuan Kota Bharu
Masa: 1 – 4 Jan
Objektif: Pembersihan

Misi Bantuan Kota Bharu
Masa: 5 – 9 Jan
Objektif: Pembersihan

Misi Bantuan Temerloh
Masa: 5 – 6 Jan
Objektif: Pembersihan

Misi Bantuan Jerantut
Masa: 5 – 6 Jan
Objektif: Pembersihan

Misi Bantuan Kemaman
Masa: 1 – 4 Jan
Objektif: Pembersihan

Misi Bantuan Kuala Kangsar
Masa: 3 – 4 Jan
Objektif: Pembersihan dan bantuan makanan

IMG_196574279565134

IMG_196571591824904

Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest

Tentang pengarang

Leave a comment