14464759276_b4ff2af60a_o

KAJANG – Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti, sumbangan dan bantuan rakyat Malaysia yang tidak berbelah bahagi sepanjang tempoh bencana banjir yang melanda negara khususnya di Pantai Timur.

Yang Di-Pertua ISMA Kajang Nazif Emran mengucapkan penghargaan itu ketika menerima sumbangan dana dan barangan keperluan mangsa banjir oleh orang ramai yang menghantar bantuan ke pusat pengumpulan Misi Bantuan Banjir di pejabat cawangan ISMA di Kajang.

“Ucapan terima kasih kepada semua penyumbang, sukarelawan, dan Jawatan Kuasa diatas bantuan yang diberikan untuk mangsa banjir. Semoga amal kita diterima Allah SWT kerana serba sedikit dapat meringankan beban yang ditanggung mangsa banjir,” ujar beliau.

“Walaubagaimanapun, usaha untuk membantu membina semula penempatan dan kemudahan umum di kawasan terlibat banjir perlu diteruskan untuk jangka masa panjang. ISMA Kajang akan terus menyokong usaha-usaha ini,” tambah beliau.

10898139_10152969821227622_1667730416674966551_n

Negara dikejutkan dengan bencana banjir yang melanda dengan lebih 200,000 mangsa terjejas di Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Johor dan Sabah.

Orang ramai boleh terus menyalurkan sumbangan ke akaun Bank CIMB Islamik Yayasan Ikhlas (8600 601 366) atau menyertai Briged Bakti Pembina dengan mendaftar sebagai sukarelawan hari ini di http://goo.gl/0p34KP.

Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest

Tentang pengarang

Leave a comment