GAZA, 28 Ogos – “Pada Hari Raya Aidilfitri, kita berjihad dan berhadapan dengan musuh, pada hari ini dengan izin Allah kita menyambut Hari Raya Kemenangan. Oleh itu saya ucapkan ‘Kullu am wa Ghazzah bi khair, Kullu am wa Ghazza somidah, Kullu am wa Ghazzah muqawamah. (Setiap tahun, Gaza dalam keadaan baik, teguh dan menentang musuh).”

Demikian ucapan yang disampaikan oleh Perdana Menteri Palestin Ismail Haniyyah di majlis sambutan kemenangan anjuran Hamas di Gaza semalam.

Berucap di hadapan puluhan ribu rakyat, Ismail menyatakan bahawa Gaza telah mencipta sejarah dalam perjuangan membebaskan Palestin dan Masjid Al-Aqsa.

Katanya, kemenangan ini membuktikan kemajuan yang berlipat kali ganda dalam persiapan ketenteraan yang dilakukan dalam tempoh yang amat singkat.

“Dalam peperangan Furqan (2009), kita kukuh bertahan, manakala pada perang Hijaratul Sijjil (2012) perang berjalan dalam tempoh yang amat singkat, dan pada perang Al-’Asful Ma’kul (2014) kita telah menang dengan kehebatan yang berkali-kali ganda kekuatan,” kata beliau.

Kemenangan kali ini juga telah membuktikan bahawa Gaza telah melahirkan kumpulan-kumpulan pejuang yang pelbagai yang kesemuanya bersatu dalam satu matlamat, bukan hanya Briged Izzuddin Al-Qassam.

Beliau turut menyifatkan 1.8 juta rakyat Gaza sebagai hero yang setia mempertahankan tanah mereka.

Selain itu, beliau memuji media Palestin dan Arab khususnya Aljazeera kerana membuat liputan sepanjang peperangan yang telah menyingkap kehebatan Gaza dan mendedahkan kelemahan tentera Israel dan hakikat ini telah disaksikan seluruh dunia.

Beliau yang rumahnya turut hancur dibedil roket Israel berkata, rumahnya yang hancur itu tidak dapat menyamai titisan darah mereka yang syahid di kalangan anak-anak kecil Gaza.

Ucapan bersemangat beliau disambut dengan tepukan, sorakan dan kibaran bendera Palestin dan Hamas.

Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest

Tentang pengarang

Leave a comment