20160607_152218

Kafilah Dakwah Ramadan hangatkan ketibaan bulan Ibadah

KAJANG, 5 Jun – Kehadiran Ramadan kali ini lebih meriah dan dirasai dengan kunjungan ziarah oleh ahli Isma Kajang ke rumah penduduk bagi mengedarkan Jadual Waktu Solat dan Soal Jawab Ramadan.

Bertempat di sekitar Taman Impian Indah dan Pangsapuri Makmur, program yang dinamakan Kafilah Dakwah Ramadan itu bertujuan menemui penduduk untuk menghangatkan suasana bulan Ramadan disamping memperkenalkan Isma Kajang.

Sebanyak 800 helai Jadual Waktu Solat dan Soal Jawab Ramadan diedarkan yang mengandungi jadual waktu berbuka dan imsak serta penerangan mengenai Ramadan bulan ibadah.

“Alhamdulillah sebanyak 800 helai edaran Jadual Waktu Solat dan Soal Jawab Ramadhan berjaya diedarkan kepada penduduk Pangsapuri Makmur dan Taman Impian Indah. Kami sangat berharap edaran ini bermanfaat dalam menjalani ibadah Ramadan,” kata Khairul Nizam Hasnol penyelaras program ini.

“Kami juga ingin merakamkan berbanyak terima kasih kepada Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Impian Indah dan Pangsapuri Makmur di atas kerjasama yang diberikan.”

Isma sebuah badan bukan kerajaan sederhana dan Islamik giat menjalankan program dakwah kepada masyarakat melalui pendekatan yang mesra, rasional dan kontemporari.

20160607_152144

Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest

Tentang pengarang

Leave a comment