DSCF0162

Kebun Bandar pupuk minat bertani sedari kecil

Oleh Yudi Kurniawan Budi. Jurufoto Nur Aisyah Hijazi.

KAJANG, 25 Jan – Memupuk minat bertani sejak dari usia kecil sememangnya suatu usaha murni yang perlu diterapkan dalam diri anak-anak walaupun tinggal di kawasan bandar yang mempunyai ruang halaman terhad.

Selari dengan usaha itu, Kelab Anak-anak Hebat (NAZIM) cawangan Kajang menganjurkan program Projek Kebun Bandar Nazim, diadakan semalam bagi mencapai matlamat menanam minat bertani dikalangan ahlinya.

Program sehari yang berlangsung di Pusat Komuniti Isma Kajang itu juga bertujuan merangsang kemahiran anak-anak dalam bidang pertanian, sesuai dengan perkakasan dan peralatan yang ada dan mudah diperolehi rumah.

Biro Keluarga dan Masyarakat (BKM) Isma Kajang yang menaungi program ini, mendapat kerjasama dari Kebun Bandar yang diwakili pengasasnya Izham Alias.

Izham yang berpengalaman luas dalam bidang pertanian merupakan graduan bacelor Sains Hortikultur, Universiti Putra Malaysia yang juga pengasas kebunbandar.com, sebuah organisasi yang berperanan memberi panduan dan maklumat teknik pertanian moden.

Menurut pengarah program Suhaily Johari, kemahiran bertani yang diajarkan kepada para peserta boleh diaplikasikan di rumah sebagai sebahagian daripada kemahiran hidup yang berguna.

Seramai 25 orang peserta berumur 6 hingga 12 tahun menyertai program ini yang memanfaatkan barangan terpakai (‘recycle’) yang mudah diperolehi untuk digunakan sebagai medium bercucuk tanam.

Diantara jenis tanaman yang diajar kaedah penanamannya kepada peserta termasuklah sawi, kangkung, bayam dan lobak.

Apa yang menariknya mengenai program ini ialah pemahaman dan penjelasan oleh penganjur bahawa bercucuk tanam sememangnya boleh dilakukan di rumah walaupun dalam ruang terhad dengan menggunakan kaedah dan teknik yang betul.

DSCF0231

DSCF0272

DSCF0271

DSCF0257

DSCF0256

DSCF0241

DSCF0213

Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest

Tentang pengarang

Comments

  1. Mas zuhaida zubir
    January 28, 2016 at 12:20 am

    Bagaimana nak.join.. saya di putrajaya..

    • Yudi Kurniawan Budi
      January 28, 2016 at 6:18 am

      Terima kasih kerana berminat menyertai aktiviti Kelab anak-anak Hebat Nazim. Puan boleh hubungi Puan Suhaily Johari di talian +60165512164 untuk maklumat penyertaan aktiviti Nazim.

Leave a comment