tmp_17601-(ar-Rashid)_dirham_170h(2)-1581205092

Hari Ini Dalam Sejarah Islam 24 Mac

Hari ini 24 Mac 809M bersamaan 23 Jamadilawal 192H hari kematian Khalifah Harun ar-Rashid (Arab: هَارُون الرَشِيد‎; hārūn ar-rašīd) (17 Mac 763 — 24 Mac 809) merupakan khalifah kelima Kerajaan Islam Abbasiyah.

https://www.facebook.com/ismakajang/posts/807295799323763

Zaman pemerintahan Harun ar-Rashid disebut sebagai zaman keemasan Tamadun Islam yang rancak dengan perkembangan dan penguasaan dalam bidang sains, kebudayaan dan keilmuaan Islam.

Harun ar-Rashid seorang pemimpin yang cekap, pemerintah yang bijaksana dan panglima tentera yang berani mewarisi kerajaan yang memiliki pentadbiran yang sistematik, pegawai-pegawai kerajaan yang amanah, sumber-sumber negara yang kaya dan rakyat yang taat setia kepada kerajaan Islam pada masa itu.

Bayt al-Hikmah (House of Wisdom) yang dibina oleh khalifah masyur sebagai tempat pentadbiran dan perundangan negara berpusat di Baghdad, bandaraya tumpuan dunia pesat dengan aktiviti perdagangan dan sosio-ekonomi.

tmp_17601-1024px-Arabische_Eroberung_213776697

Nama penuhnya ialah Harun ar-Rashid bin Muhammad al-Mahdi, khalifah Abbasiyah yang kelima selepas saudaranya iaitu al-Hadi. Beliau merupakan anak ketiga kepada al-Mahdi. Dilahirkan di Ar-Rayy pada bulan Zulhijjah tahun 145 Hijrah.

Pentadbiran negara pada zaman pemerintahan Harun ar-Rashid merupakan pemerintahan paling sempurna. Ini disebabkan kecekapannya dan pegawai-pegawainya menguruskan pentadbiran negara. Khalifah dapat membanteras segala kekacauan dan pemberontakan di dalam negara serta menamatkan pemberontakan di Afrika dengan bertindak menghantar Ibrahim Ibn Aghlab ke sana.

Selain itu, beliau juga menyusun semula pasukan tenteranya supaya menjadi sebuah pasukan tentera yang berdisiplin dan teratur, mengambil berat terhadap kredibiliti tentera-tenteranya dan memberi perlindungan serta keselamatan untuk kesejahteraan rakyatnya.

tmp_17601-PicsArt_14271519283611830453616

Sistem pemerintahannya berdasarkan sistem kekhalifahan berteraskan syariat Islam. Beliau meneruskan dasar anti-Syiah dan anti kaum zandaqah (zindik), seperti mana yang diamalkan oleh khalifah-khalifah Abbasiyah sebelumnya.

Khalifah Harun ar-Rasyid wafat di Tus pada tahun 192 Hijrah dalam usia 44 tahun. Ketika itu beliau dalam perjalanan ke Khurasan untuk menumpaskan pemberontakan yang berlaku di sana.

Gambarajah 1: Matawang dirham perak ditempa di Madinat as-Salam (Baghdad) pada tahun 170H yang tertera “Dengan perintah hamba Allah, Harun”.

Gambarajah 2: Pengembangan kawasan penguasaan kerajaan Islam dipenghujung Khalifah Umaiyyah dan awal Khalifah Abbasiyah.

Gambarajah 3: Museum Harun ar-Rashid di Tus, Iran.

Disediakan oleh:
Penerangan ISMA Kajang

Facebook: https://www.facebook.com/ismakajang
Twitter: https://twitter.com/ismakajang
Instagram: https://instagram.com/ismakajang

Web:
http://www.ismakajang.net
http://www.ismaweb.net
http://www.isma.org.my

Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest

Tentang pengarang

Leave a comment