KAJANG, 11 Jan – Statistik tinggi status anak tidak sah taraf, kes pengguguran serta pembuangan bayi memberi kesedaran kepada peserta mengenai bahaya zina melalui program motivasi ‘Say no to zina’ di sini, pada 5 Januari yang lalu.

Program anjuran Kelab Remaja Isma (KRIM) Kajang bersama SMK Sultan Abdul Aziz (SAAS) Kajang berlangsung di Dewan Besar SAAS itu bertujuan mendedahkan pelajar akibat buruk kepada perlakuan zina.

Menurut pengarah program Nurul Azizah Omar, seramai 320 pelajar tingkatan dua SMK Sultan Abdul Aziz terlibat menyertai program ini.

Program ini juga bertujuan memperkenalkan KRIM kepada pelajar dan mempromosi pendaftaran KRIM disamping meningkatkan hubungan kerjasama antara KRIM dengan pihak sekolah khususnya di SAAS.

Puan Atiqah Ahmad Zain mewakili Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Kajang berkata KRIM akan lebih proaktif untuk merancakkan lagi program-program di sekolah dalam misi mencari seramai mungkin peserta untuk mendaftar sebagai ahli KRIM.

Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest

Tentang pengarang

Leave a comment