IMG_20160905_132544

Majlis Sambutan Ahli Baru ISMA Kajang sederhana tetapi meriah

KAJANG, 31 Ogos – Bertemakan slogan Sehati Sejiwa Merdeka, seramai 30 orang ahli baru Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) diraikan dalam Majlis Sambutan Ahli Baru ISMA Kajang 2016 di sini baru-baru ini.

Bertempat di Pusat Komuniti ISMA Kajang (PKIK), Saujana Impian majlis diadakan bertujuan untuk beramah mesra dengan ahli umum ISMA Kajang yang mendaftar sebagai ahli pada tahun ini disamping menyampaikan sijil keahlian kepada mereka.

Menurut Setiausaha Cawangan Zulhelmi Bin Mohd Nasir, majlis juga bertujuan memberi penerangan ringkas serta menjawab persoalan-persoalan berkaitan ISMA Kajang secara umumnya.

Majlis dimulakan dengan pembentangan mengenai ISMA Kajang oleh Yang di-Pertua Cawangan Nazif Emran Bin Farid, yang kemudiannya disusuli oleh promosi Malam Inspirasi Pejuang (MIP) oleh ahli jawatankuasa MIP yang hadir mewakili ISMA Pusat.

Menurut Yang di-Pertua Cawangan, ISMA kajang akan berusaha menganjurkan program-program supaya ahli dapat terlibat secara langsung samada menjadi peserta atau ahli jawatankuasa penganjuran program pada masa kan datang.

Beliau juga berharap semoga pada masa akan datang lebih ramai penyertaan ke dalam program-program ISMA daripada kalangan masyarakat pelbagai peringkat umur.

Selain dari meraikan dan menyampaikan sijil kepada ahli baru, seramai tujuh orang ahli baru turut mendaftar semasa majlis itu.

IMG_20160905_132603

IMG_20160905_132631

IMG_20160905_132644

IMG_20160905_132651

IMG_20160905_133023

IMG_20160905_133050

IMG_20160905_133057

IMG-20160829-WA0023

Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest

Tentang pengarang

Leave a comment