20160924_171252

Masakan Arab semarak hubungan erat Malaysia-Palestin

KAJANG, 24 Sept – Persamaan akidah dan keimanan antara dua negara Malaysia dan Palestin menjadi asas kepada semaraknya hubungan erat yang sedia terjalin, dijelmakan melalui Kelas Memasak Masakan Arab di sini semalam.

Program anjuran Biro Kebajikan dan Masyarakat (BKM), Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Kajang itu menampilkan seorang beliawanis bernama Amani berasal dari Gaza, Palestin yang sudi memberi tunjuk ajar cara-cara memasak masakan Arab.

Empat jenis masakan Arab yang popular iaitu nasi Mandy, nasi Kabsah, ayam Palestin dan manisan Kunafah diajar kepada 20 orang peserta yang mengambil bahagian.

Menurut pengarah program, Nor Azliza bt Rajiain, program ini bertujuan memperkenalkan Isma dan Pusat Komuniti Isma Kajang (PKIK) kepada masyarakat setempat disamping menambahkan bilangan keahlian Isma Kajang.

Selain itu program ini diharap dapat meningkatkan aktivisme dan penglibatan wanita Islam dalam aktiviti dan kemahiran yang dapat memberi manfaat kepada keluarga dan ummah umumnya.

Rata-rata para peserta sangat gembira menyertai kelas memasak kali ini dan dapat menikmati keenakan masakan Arab diakhir program.

Program sehari dengan kerjasama Biro Dakwah Isma Kajang ini turut memperkenalkan pakej-pakej ditawarkan oleh PKIK termasuklah pakej wanita yang memberikan ruang penyertaan untuk wanita dalam program-program yang dianjurkan Isma dan PKIK.

20160924_171110

20160924_171131

20160924_171212

20160924_171230

img_20160924_170859

20160924_171313

20160924_171328

20160924_171350

img_20160924_170845

Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest

Tentang pengarang

Leave a comment