67479_10153797412027622_4778137842271025893_n

Memanah ada tarikannya tersendiri

Memanah satu daripada sukan kegemaran Nabi Muhammad SAW, sekarang ini menjadi tarikan tersendiri di Pusat Komuniti Isma Kajang.

Memanah bukan sahaja terbuka kepada kanak-kanak tapi wanita digalakkan untuk mencuba.

Saya mencuba sendiri menarik busur panah, kali pertama melepaskan anak panah, ia tersasar jauh.

Tetapi selepas dua tiga kali mengena sasaran, rasa seronok dan ‘addicted’.

Ada kajian menunjuk memanah meningkatkan daya tumpuan, keyakinan dan kecekapan.

Bagi anda yang ingin mencuba boleh datang ke sini, ada pengajar yang boleh memberi tunjuk ajar pada hujung minggu.

Idea untuk mengenegahkan sukan memanah ini bagus untuk menarik anak muda melakukan aktiviti bermanfaat selain mengisi masa lapang.

Padang bersebelahan Pusat Komuniti dipilih sebagai kawasan memanah untuk memudahkan semua orang mendalami sukan sunnah ini.

Lebih menarik adalah sukan memanah ini juga boleh dipelajari oleh mereka yang bertangan kidal.

1660497_10153797411762622_2456898920103805872_n

1937015_10153797412492622_5683839394815678722_n

535040_10153797412562622_8675706471964994935_n

11337_10153797412777622_5896777085330188218_n

10603475_10153797412887622_2276099024704699858_n

1004873_10153797413012622_3826911015446373917_n

10413374_10153797413412622_6352638268068352318_n

Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest

Tentang pengarang

Leave a comment