Mesyuarat Agung Tahunan ISMA Kajang lakar agenda bangsa Melayu dan agama Islam

KAJANG – Agenda memartabatkan bangsa Melayu dan mendaulatkan agama Islam berjaya digarap dan dipadukan dikalangan ahli Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) semasa Mesyuarat Agung Tahunan pertubuhan itu bagi cawangan Kajang di sini hari ini.

Harapan dan keazaman itu disuarakan oleh Yang Di-Pertua ISMA Kajang Nazif Emran b. Farid semasa ucaptama beliau dihadapan ahli-ahli ISMA yang hadir ke mesyuarat dwi-tahunan itu di Surau Al-Hidayah, Taman Bukit Kajang Baru.

“Cabaran semakin bertambah bagi tahun kedua penubuhan ISMA Kajang, maka setiap ahli perlu melonjakkan amal untuk cawangan kecil ini. Setiap daripada kita perlu berperanan,” kata beliau menekankan matlamat penubuhan ISMA Kajang.

Setiausaha ISMA Kajang Zulhelmi Md Nasir berkata Ahli Jawatankuasa Cawangan yang baru dilantik memberikan komitmen untuk menjayakan agenda Islam di Kajang khususnya, dan akan cuba memperbaiki prestasi kerja untuk tahun 2015/16.

ISMA kini memiliki lebih kurang 28 cawangan di seluruh negara, dan Kajang merupakan cawangan baharu yang telah berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) secara rasmi tahun lalu.

Mesyuarat Agung Tahunan ISMA Kajang lakar agenda bangsa Melayu dan agama Islam

Mesyuarat Agung Tahunan ISMA Kajang lakar agenda bangsa Melayu dan agama Islam

Mesyuarat Agung Tahunan ISMA Kajang lakar agenda bangsa Melayu dan agama Islam

Mesyuarat Agung Tahunan ISMA Kajang lakar agenda bangsa Melayu dan agama Islam

Mesyuarat Agung Tahunan ISMA Kajang lakar agenda bangsa Melayu dan agama Islam

Mesyuarat Agung Tahunan ISMA Kajang lakar agenda bangsa Melayu dan agama Islam

Mesyuarat Agung Tahunan ISMA Kajang lakar agenda bangsa Melayu dan agama Islam

Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest

Tentang pengarang

Comments

  1. zulhelmi Mohd Nasir
    February 15, 2015 at 1:55 pm

    Tahniah ISMA Kajang. Terus maju ke hadapan

Leave a comment