photo_2015-04-11_11-23-01

Nurul Ain Nadhrah harumkan nama negara di United Kingdom

Oleh Yudi Kurniawan Budi

LIVERPOOL – Kejayaan Nurul Ain Nadhrah Binti Muhamed Edil seharusnya dijadikan inspirasi dan pencetus semangat kepada remaja dan belia untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan khususnya dalam bidang akademik.

Nurul Ain Nadhrah mengharumkan nama Malaysia apabila berjaya memenangi Johnson & Johnson Responding To Symptoms Competition yang dianjurkan School of Pharmacy, University of Nottingham, United Kingdom dengan memperolehi antara tiga markah tertinggi dalam pertandingan itu.

Kejayaan itu melayakkan beliau mewakili University of Nottingham ke British Pharmaceutical Students’ Association (BPSA) Conference yang diadakan di John Moorse University, Liverpool pada 29 Mac hingga 5 April 2015 yang lalu.

Hadiah yang diperolehi itu termasuklah tiket pergi dan balik ke Liverpool, keperluan serta perbelanjaan sepanjang persidangan selama lapan hari di sana.

Nurul Ain Nadhrah merupakan pelajar tahun satu Master of Pharmacy, University of Nottingham juga ahli Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Kajang.

Biro Wanita ISMA Kajang mewakili ISMA merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada Nurul Ain Nadhrah diatas pencapaian yang diperolehi dan semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat untuk terus cemerlang buat ummah dan negara.

http://ismakajang.net/nurul-ain-nadhrah-harumkan-nama-negara-di-united-kingdom/

Web: www.ismakajang.net | www.isma.org.my
Facebook: https://www.facebook.com/ismakajang
Twitter: https://twitter.com/ismakajang
Instagram: https://instagram.com/ismakajang

Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest

Tentang pengarang

Leave a comment