20160924_164340

Olah bahan terbuang menjadi roket

KAJANG, 24 Sept – Daya pemikiran dan kreativiti dikurniakan Allah SWT digunakan bagi menghasilkan suatu yang bermanfaat kepada manusia merupakan antara objektif program terkini Kelab Anak-anak Hebat (Nazim) Kajang.

Program dinamakan Projek Roket (Aulad Circle and Aulad Play) mencungkil kebolehan peserta menggunakan bahan terbuang bagi menghasilkan roket mini yang boleh dilancarkan ke udara berlangsung di Surau Raudatul Firdaus, Taman Impian Murni semalam.

Menurut pengarah program Farah binti Ruslin, seramai 30 peserta menyertai aktiviti kali ini yang membawa objektif untuk memberi penjelasan tentang sifat Allah itu Al-Bari (Maha Pencipta) dan bukti-bukti yang ada pada makhluk ciptaan-Nya.

Selain itu, program ini mengaitkan perkembangan teknologi manusia kepada makhluk Allah SWT seperti burung merpati yang mempunya kompas semulajadi serta memperkenalkan saintis Islam yang memberi sumbangan kepada perkembangan teknologi.

Program separuh hari ini diharapkan dapat melahirkan anak-anak Nazim agar menjadi saintis Islam dan memberi kebaikan kepada tamadun manusia.

20160924_163858

20160924_163927

20160924_163950

20160924_164042

20160924_164107

20160924_164138

20160924_164212

20160924_164240

20160924_164323

20160924_164340

20160924_164358

20160924_164426

img-20160921-wa0008

img-20160924-wa0006

img-20160924-wa0007

img-20160924-wa0012

img-20160924-wa0014

Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest

Tentang pengarang

Leave a comment