PicsArt_1420115901585

KAJANG – Misi Banjir 2014 anjuran bersama ISMA Kajang amat memerlukan kenderaan pacuan empat roda berserta bot dan juga bahan makanan kering terutamanya kurma untuk dibawa ke lokasi banjir di Pantai Timur.

Timbalan Yang Di-Pertua ISMA Kajang, Tn.Hj.Engku Zakir Hussein B. Syed Abdullah berkata pihaknya menggesa sesiapa yang memiliki kenderaan pacuan empat roda agar sudi meminjamkannya bagi tujuan mengagihkan barang bantuan kepada mangsa banjir.

“Kita juga memerlukan lebih ramai sukarelawan untuk tampil menyertai misi ini, disamping sumbangan dana dan barangan keperluan asas oleh orang ramai yang prihatin,” ujar beliau.

“Kami berharap dan mendoakan sumbangan anda akan dinilai sebagai amal jariah, untuk membantu meringankan beban mangsa yang ditimpa musibah,” tambahnya lagi.

ISMA Kajang telah melancarkan bilik gerakan bagi pengumpulan barang keperluan banjir di pejabat cawanganya beralamat di Pejabat ISMA Kajang, B-11-1B, Jalan Prima Saujana 2/A, Prima Saujana, 43000 Kajang, Selangor.

Sebarang pertanyaan dan saluran boleh diajukan kepada wakil Misi Banjir 2014 iaitu Amiruddin (0196263686) dan SN Atiqah ( 0134035184).

Teruskan sumbangan anda di Akaun Bank CIMB Islamik Yayasan Ikhlas: 8600 601 366

Sertai Briged Bakti Pembina dengan mendaftar sebagai sukarelawan hari ini di : ttp://goo.gl/0p34KP

www.ismaweb.net

#Banjir2014
#Pray4PantaiTimur

IMG-20141227-WA0018

IMG_196571591824904

IMG_196574279565134

Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest

Tentang pengarang

Leave a comment