PicsArt_03-09-07.14.04

‘Parenting 101’ sentap kepentingan ilmu keibubapaan

Oleh Irfan Izzati

KAJANG, 28 Feb – Seminar Parenting 101 anjuran Biro Keluarga dan Masyarakat (BKM) Isma Kajang bersama Kelab Anak-anak Hebat (Nazim) mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada peserta.

Seminar yang berlangsung di Pusat Komuniti Isma Kajang itu dirasmikan oleh Yang Di-Pertua Isma Kajang Nazif Emran Farid.

Kehidupan pasca modenisasi memberi cabaran yang hebat kepada ibu bapa khususnya dalam membentuk dan mendidik anak-anak.

Nazim memandang perkara ini sebagai satu isu yang penting kerana generasi muda perlu mampan untuk meneraju masa hadapan.

Seminar tersebut diadakan sebagai satu initiatif untuk memberi sokongan serta idea kepada ibu bapa tentang ilmu keibubapaan.

Input yang diberikan juga menekankan peri penting kemahiran ibu bapa dalam mendidik anak-anak terutama anak-anak yang batu lahir hingga berusia enam tahun.

Puan Zaharah Johari yeang merupakan Ketua Nazim Pusat telah diundang untuk mengendalikan seminar tersebut.

Beliau mempunyai pengalaman luas dalam pengurusan kanak-kanak memegang diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak daripada Universiti Malaya.

Beliau juga berpengalaman mengurus rangkaian tadika Tunas Bestari sejak tahun 1993 serta Kafa Sri al-Hakeemi sejak tahun 2012.

Seminar Parenting 101 dibahagikan kepada dua slot agar para peserta dapat mendalami kupasan dengan penuh penghayatan.

Slot pertama memberi penekananan kepada kepentingan ibu bapa untuk mengenal dan memahami anak-anak agar ibu bapa dapat menangani masalah anak-anak dengan lebih efektif.

Dalam slot kedua, ibu bapa diberi pendedahan bahawa anak-anak perlu mengenal sang Pencipta sejak awal persekolahan lagi agar mereka faham dan jelas tentang tujuan sebenar kehidupan seorang muslim.

Di akhir seminar tersebut pihak penganjur memberikan harapan agar ilmu yang dikongsikan memberi impak yang positif kepada para ibu bapa dalam melahirkan masyarakat yang membangun ummah.

PicsArt_03-09-07.13.24

Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest

Tentang pengarang

Leave a comment