PicsArt_02-21-12.41.15

Pemanah cilik ‘Mata helang’ ditemui dalam Bengkel Memanah Nazim

KAJANG, 23 Feb – Pemanah ‘Mata helang’ atau pemanah yang mempunyai ketepatan sasaran tinggi berjaya diasah dan ditemui dalam program Bengkel Memanah Nazim di sini minggu lalu.

Program khusus kemahiran memanah itu dianjurkan oleh Kelab Anak-anak Hebat (Nazim) cawangan Kajang pada hari Ahad lepas di Pusat Komuniti Isma Kajang, Saujana Impian.

Beberapa pemanah cilik berjaya mengutip markah tinggi dan memanah tepat ke arah sasaran pusat ‘bulls-eye’ menggunakan set alatan memanah khusus untuk kanak-kanak.

Peserta berumur tujuh hingga 12 tahun seramai 30 orang nyata seronok dan gembira menyertai bengkel ini yang terpaksa ditutup pendaftarannya sebulan lebih awal kerana penuh selain permintaan tinggi ibubapa.

Jawatankuasa penganjur Nurul Azizah Omar berkata program ini berjaya mencapai matlamatnya dengan sokongan semua pihak terutama ibubapa.

Pengarah program Suhaily Johari pula berkata permintaan tinggi dari peserta menyebabkan penganjur hanya menghadkan penyertaan kepada 30 orang sahaja.

Ibubapa yang ditemui merasakan program ini sangat bagus untuk memberikan pendedahan kemahiran memanah yang agak baru kepada anak-anak selain yuran RM15 yang berpatutan.

Kepada ibubapa sekitar Kajang yang ingin mendaftarkan anak-anak mengikuti program Nazim boleh menghubungi Suhaily di talian 0165512164.

PicsArt_02-21-12.43.14

PicsArt_02-21-12.40.42

PicsArt_02-21-12.39.12

PicsArt_02-21-12.38.35

PicsArt_02-21-12.36.39

Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest

Tentang pengarang

Leave a comment