12371048_919867691399906_8478334880329852060_o

Presiden rasmi Pusat Komuniti ISMA Kajang

Oleh: Yudi Kurniawan Budi

KAJANG, 20 Dis – Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman hadir merasmikan Pusat Komuniti ISMA Kajang di sini hari ini sempena majlis Rumah Terbuka dan Tahlil bagi Pusat Komuniti tersebut yang terletak di Saujana Impian, Kajang.

Berucap dalam majlis itu, Ustaz Abdullah Zaik berkata pembukaan Pusat Komuniti penting untuk melaksanakan agenda dakwah yang dibawa oleh ISMA kepada masyarakat.

“Pusat Komuniti ini diharap akan menjadi ruang kepada ISMA dan masyarakat menjalankan aktiviti bermanfaat berteraskan nilai-nilai Islam untuk kebaikkan komuniti Kajang,” kata Ustaz Abdullah Zaik.

Yang Di-Pertua ISMA Kajang, Nazif Emran Farid ketika ditemui berharap Pusat Komuniti ini digunakan aktivis ISMA menyalurkan kemahiran dan kepakaran mereka dalam bidang masing-masing agar boleh dimanfaatkan bersama.

Turut hadir dalam majlis itu Naib Yang Di-Pertua Engku Zakir Hussein Syed Abdullah, Pengerusi-pengerusi Persatuan Penduduk sekitar Saujana Impian, barisan Jawatankuasa Cawangan ISMA Kajang, ahli ISMA dan masyarakat sekitar.

Berapa booth pendaftaran agensi-agensi di bawah ISMA turut dibuka pada hari itu termasuklah dari Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) dan Kelab Remaja ISMA (KRIM).

Majlis ini turut mendapat sokongan dan kerjasama dari Jawatankuasa Persatuan Penduduk sekitar Saujana Impian yang membantu menyumbangkan tenaga, kelengkapan dan pengalaman menyediakan jamuan makanan kepada para hadirin.

Setiausaha ISMA Kajang merangkap Pengarah program Zulhelmi M.Nasir mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung menjayakan Rumah Terbuka ini.

photo_2015-12-21_14-55-05

12359957_919868004733208_9212903428984530321_n

12378114_919867468066595_2737303731435133210_o

10608207_919867331399942_580155161419668887_o

12371048_919867691399906_8478334880329852060_o

10557124_919867154733293_3831101642506558099_o

12363110_919866834733325_3926517284176274049_o

Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest

Tentang pengarang

Leave a comment