JASIN, 20 Julai – “Amalan-amalan dan peristiwa-peristiwa dalam bulan Ramadhan ini akan menjadi bekalan kepada kita dalam menghadapi situasi-situasi dan cabaran-cabaran yang mendatang selepas tamat Ramadhan,” ujar En. Amru Iskandar Bin Burhan.

Beliau yang merupakan YDP ISMA Melaka berkata demikian semasa majlis penutup Iktikaf Perdana ISMA Melaka juga mengingatkan tentang agenda-agenda musuh Islam yang tidak akan pernah berhenti mencuba untuk memastikan umat Islam tunduk kepada mereka.

“Cabaran-cabaran mendatang lebih mencabar dan memerlukan kepada kekuatan fizikal dan mental kita dalam menghadapi cabaran ini.”

Sementara itu, Ustaz Zaidi Abd Jalil yang merupakan Ketua Biro Tarbiyah Cawangan Melaka menekankan tentang peri penting keterlibatan setiap ahli ISMA dalam menjayakan misi dan visi di samping menambah kefahaman terlebih dahulu terhadap apa yang dibawa oleh ISMA demi memastikan Islam kembali berdaulat di bumi Malaysia yang semakin dicemari mereka yang memusuhi Islam.

Beliau berucap sebelum menyempurnakan perasmian penutup Iktikaf Perdana ISMA Melaka yang telah bermula pada 18 Julai 2014 yang lalu dan tamat pada jam 2 petang tadi di Masjid al-Ghaffar, Jasin. Program Iktikaf Perdana merupakan program tahunan bertujuan mengumpulkan ahli ISMA dan masyarakat setempat untuk mengimarahkan 10 malam terakhir Ramadhan dengan tema ‘Meraih Lailatul-Qadr’.

Wartawan ISMAweb
Mohd Farhan B. Abdullah

Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest

Tentang pengarang

Leave a comment