BANGI – Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) menggerakkan kempen atas talian menolak Hari Valentine sebagai mesej kepada para belia agar tidak menyambut hari tersebut pada hari ini.

BANDAR BAHARU – Harga getah yang merudum ke tahap RM1.20 hingga RM1.60 sekilogram menyebabkan kebanyakan penoreh getah di daerah ini mencari alternatif lain untuk menambah pendapatan.

KUALA LUMPUR – Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) menjalin hubungan erat menghulur tautan silaturahim dengan mengunjungi Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), hari ini. Rombongan ISMA yang diketuai Naib Presiden 1, Ustaz Muhammad Fauzi Asmun mengadakan pertemuan dengan Ketua Pengarah DBP, Datuk Dr Haji Awang Sariyan di Menara DBP.

JOHOR BAHARU – Majlis Bandaraya Johor Baharu (MBJB) Zon Taman Molek membangunkan aplikasi telefon pintar dikenali sebagai ‘Molek Community’ bagi menyampaikan maklumat berkaitan pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenaan, dengan berkesan kepada masyarakat.

KANGAR – Setelah menempuh era Perlis Negeri Maju 2015, Kerajaan Negeri Perlis kini menumpukan perhatian untuk menjadikan Perlis Negeri Bandar Raya menjelang tahun 2030.

KOTA KINABALU – Polis merampas 7.6 kg dadah jenis syabu bernilai RM1.05 juta dalam dua serbuan serentak di Terminal Dua, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), Khamis lepas.

KUALA KRAI – Kerajaan Persekutuan akan membina semula 150 rumah yang musnah akibat banjir di Jajahan Kuala Krai dalam tempoh terdekat.

KUALA LUMPUR – Kereta milik anggota Parlimen Kuala Krai Dr Mohd Hatta Md Ramli terbakar dipercayai akibat perbuatan khianat, awal pagi ini.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan memanggil Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel dan timbalannya Datuk Seri Dr S. Subramaniam minggu depan, bagi mendapatkan penjelasan berhubung perkembangan terkini krisis parti itu.

KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Berhad (TNB) menasihatkan pengguna elektrik untuk mengambil langkah berjaga-jaga dan menitikberatkan aspek keselamatan elektrik dalam perayaan Tahun Baharu Cina yang akan disambut tidak lama lagi.

KUALA NERUS – Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Terengganu memberi jaminan bekalan bahan mentah di negeri ini sempena perayaan Tahun Baru Cina mencukupi.

KUANTAN – Tindakan pihak tertentu yang sengaja memainkan isu pelajar bukan Islam dilarang daripada mengamalkan ajaran agama masing-masing di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) hanya propaganda pihak tertentu yang berniat jahat dan mahu memburukkan imej kerajaan.

LABUAN – Polis sedang menjejaki dua daripada empat remaja yang didakwa mempunyai kaitan dengan kes rogol berkumpulan, melibatkan seorang tukang masak pada Selasa lepas.

MELAKA – Dua penjawat awam antara lapan pasangan yang ditahan dalam operasi ‘Hari Kekasih’ oleh Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) atas kesalahan melakukan maksiat di empat buah hotel di sekitar Melaka Tengah di sini, tengah malam tadi.

RANAU – Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) hari ini melancarkan peti pos pertamanya di Gunung Kinabalu, sekali gus mencipta nama dalam ‘Malaysia Book of Records’ sebagai peti surat yang berada pada altitud tertinggi iaitu 3,289 meter dari aras laut.

RAUB – “Saya kehilangan seorang guru, tokoh agama dan politik yang dihormati dengan pemergian bekas Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,” kata Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob.

SANDAKAN – Penubuhan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Kampung Pulau Keniogan, Beluran sejak empat tahun lepas ternyata dapat meningkatkan kesedaran kira-kira 1,000 penduduk di kampung itu mengenai bahaya kebakaran.

SERDANG – Usaha sistematik harus dilakukan bersama antara kerajaan Malaysia dan Indonesia dalam memartabatkan penggunaan bahasa Indonesia/Melayu di peringkat antarabangsa, kata Penasihat Sosiobudaya Kerajaan Malaysia Tan Sri Dr Rais Yatim.

TAWAU – Anggota Parlimen Kalabakan Datuk Abdul Ghapur Salleh meminta Majlis Perbandaran Tawau (MPT) agar bertindak tegas terhadap pemilik lesen niaga yang menyewakan lesen perniagaan mereka di Pasar Besar Tawau dan pasar ikan.

Disediakan oleh:
Yudi Kurniawan Budi
ISMA Kajang

Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest

Tentang pengarang

zulhelmi Mohd Nasir

Merupakan seorang ahli ISMA berdaftar yang memegang jawatan sebagai Setiausaha ISMA cawangan Kajang. Menetap di Sungai Ramal Dalam, Kajang dan bekerja sebagai Eksekutif di Telekom Malaysia Berhad, Cyberjaya. Sebarang pertanyaan boleh disampaikan ke emel: zulhelmi.mnasir@gmail.com
  • gplus

Leave a comment