PicsArt_07-05-04.30.06

RNR Konvoi Bantuan Homeless selami nurani gelandangan

KUALA LUMPUR, 28 Jun – Golongan gelandangan di sekitar ibukota nyata terharu menerima kunjungan sekumpulan anak muda dari organisasi aktif dan islamik untuk remaja dan belia Kelab Remaja ISMA (KRIM) dan Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina) yang datang menghulurkan kit bantuan Ramadan kepada mereka.

Program dinamakan RNR Konvoi Bantuan Homeless itu bertujuan menyelami nasib golongan tersebut yang dianjurkan bersama KRIM dan Pembina cawangan Kajang.

Menurut pengarah program Muaz Mohamed, objektif program ini ialah bagi memupuk amalan sedekah terutama di bulan Ramadan dan menyelami kehidupan golongan gelandangan yang serba kekurangan.

“Salah satu program di bawah Akademi Remaja KRIM (ARK) ialah RNR Konvoi Bantuan Homeless ini dengan tema Wajah gemilang remaja Malaysia,” menurut Muaz.

Seramai 11 anak muda mewakili KRIM dan Pembina Kajang turun ke lorong-lorong dan jalanan di Kuala Lumpur bagi membantu mengurangkan sedikit sebanyak bebanan hidup golongan gelandangan yang hidup kekurangan.

PicsArt_07-05-04.30.58

PicsArt_07-05-04.29.34

PicsArt_07-05-04.26.07

PicsArt_07-05-04.25.33

Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest

Tentang pengarang

Leave a comment