tmp_24498-IMG_20150326_114542-1066135948

Hari Ini Dalam Sejarah Islam 26 Mac – Salahuddin al-Ayyubi membuka Mesir

Hari ini 26 Mac 1169M bersamaan 26 Jamadilakhir 564H Salahuddin al-Ayyubi atau Saladin atau Salah ad-Din (Arab: صلاح الدين الأيوبي, Kurdi: صلاح الدین ایوبی) (Sho-lah-huud-din al-ay-yu-bi) (1138 – 4 Mac 1193) memperoleh kemenangan dan membuka Mesir setelah angkatan tenteranya menewaskan angkatan tentera Salib di sana.

Pembukaan Mesir menandakan pengistiharan Salahuddin al-Ayyubi sebagai sultan pertama Khalifah Islam Ayyubbiyyah, peristiwa penting ini menjadi titik tolak kepada Sultan Salahuddin al-Ayyubi dalam kemaraan baginda bersama tenteranya menentang tentera Salib lalu mengalahkan mereka dalam Perang Hittin seterusnya membuka Baitul Maqdis di Palestin pada tahun 1187.

Keluasan penyatuan jajahan Islam pada masa itu dianggarkan 2,000,000 km persegi yang kini meliputi negara Mesir, Iraq, Palestin, Jordan, Lubnan, Libya, Arab Saudi, Sudan, Syria, Tunisia, Turki dan Yaman dengan populasi anggaran sekitar 7,200,000 penduduk majoriti Muslim.

Salahuddin al-Ayyubi seorang pemimpin dan panglima perang berasal dari Tikrit, Iraq yang terkenal dengan kepimpinan, kekuatan tenteranya dan sifat kepahlawanannya. Beliau amat dikenali dikalangan tentera Salib dengan sikap pengampun dan akhlak yang tinggi ketika menewaskan mereka semasa pembukaan Baitul Maqdis.

Salahuddin al-Ayyubi juga merupakan seorang ulama dan menulis beberapa nota kaki dan penjelasan-penjelasan hukum dalam kitab hadis Abu Dawud.

tmp_24498-IMG_20150326_1150391288331188

Pada tahun 588 Hijrah (1192 Masihi) berlaku Perang Salib ketiga, kerana dendam dan kekecewaan golongan pembesar Kristian, mereka berusaha merampas semula Baitul Maqdis daripada orang Islam. Walaupun perang Salib yang ketiga itu menggabungkan seluruh kekuatan negara Kristian, mereka tidak mampu menggugat kekuatan tentera Salahuddin al-Ayubi.

Pihak Kristian mengalami kekalahan dan ramai tentera terbunuh dan tertawan. Baitul Maqdis yang dikuasai orang Kristian selama 88 tahun, dapat ditakluki semula oleh Salahuddin al-Ayubi.

Lane-Poole (penulis Barat) mengesahkan, kebaikan hati Salahuddin sehingga menghalangnya daripada membalas dendam. Beliau menulis bahawa Salahuddin menunjukkan ketinggian akhlaknya ketika orang Kristian menyerah kalah. Tenteranya sangat bertanggungjawab, menjaga peraturan di setiap perjalanan, mencegah segala bentuk kekerasan sehingga tidak ada kedengaran orang Kristian dianiaya.

Sultan Salahuddin al-Ayyubi menaklukan tentera Salib tidak hanya dikenali oleh umat Islam, melainkan ia juga menjadi legenda bangsa Eropah. Sultan Salahuddin al-Ayyubi yang wafat pada 4 Mac 1193, tidak lama setelah membuka kota suci Baitul Maqdis, telah meninggalkan keteladanan yang sangat berkesan dalam ingatan umat Islam.

Baginda melambangkan seorang panglima yang penyayang, sederhana, dan beradab terhadap bukan Muslim dengan budi pekerti tinggi. Jamil Ahmad menulis kenyataan Philip K. Hitti, seorang ilmuwan Eropah: “Sikap terpuji Sultan Salahudin telah menyentuh imaginasi penulis-penulis kisah berbahasa Inggeris, para penulis novelis moden dan juga dikenang sebagai suri teladan bagi kesopanan dan kekesatriaan.”

Disediakan oleh:
Penerangan ISMA Kajang

Facebook: https://www.facebook.com/ismakajang
Twitter: https://twitter.com/ismakajang
Instagram: https://instagram.com/ismakajang

Web:
http://www.ismakajang.net
http://www.ismaweb.net
http://www.isma.org.my

Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest

Tentang pengarang

Leave a comment