20160907_110905

Semai kasih cintakan negara melalui Semarak Merdeka

KAJANG, 31 Ogos – Kelab Anak-anak Hebat (Nazim) cawangan Kajang menyambut ulang tahun kemerdekaan tahun ini dengan menyemai perasaan kasih dan cintakan negara melalui program Semangat Merdeka di sini baru-baru ini.

Program di bawah Biro Keluarga dan Masyarakat (BKM), Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Kajang itu bertujuan menanam semangat kemerdekaan dalam diri anak-anak disamping memupuk semangat cintakan tanah air.

Menurut pengarah program Nurul Azizah Omar, Semangat Merdeka juga bertujuan menerapkan sikap bersyukur kerana dapat hidup dalam negara yang aman dan merdeka.

Seramai 30 orang peserta menyertai program kali ini yang diadakan di Surau Raudatul Firdaus, Taman Impian Murni.

Diantara slot-slot pengisian menarik termasuklah penghayatan hadis Nabi Muhammad SAW mengenai kewajipan bersyukur kepada Allah SWT dan berterima kasih kepada sesama manusia.

Dalam slot yang lain para peserta diajar dan membuat sendiri ‘pinwheel’ Merdeka.

Penganjur berharap aktiviti kali ini dapat menanam rasa cinta anak-anak kepada negara kita Malaysia dan bersyukur dengan nikmat kemerdekaan yang dikecapi.

20160907_110803

Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest

Tentang pengarang

Leave a comment