BANGI, 12 Dis – Seruan yang dibuat oleh Pemimpin DAP, Lim Kit Siang bagi memerangi ekstrimis atas nama ‘coalition of moderates’ atau ‘kesatuan moderat’ hanya akan memberi kepentingan dan keuntungan kepada agenda liberal ‘civil society’ semata-mata.

Demikian yang digesa oleh Ustaz Ibrahim Mohd Hasan Al-Hafiz, Presiden Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) ketika menyarankan mengenai perlunya kesatuan dikalangan umat Islam, serta menolak kesatuan atas nama moderat tetapi membelakangkan kepentingan Islam.

Menurut Ustaz Ibrahim, umat Islam seharusnya perlu lebih dahulu bersatu untuk memastikan kedaulatan dan kepentingan Islam terpelihara, bagi mengelakkan fahaman ekstrim dan melampau dikalangan umat Islam, yang dirujuk kepada beberapa gerakan bersenjata di luar negara atas nama perjuangan dan jihad.

“Umat Islam di Malaysia tidak boleh bersatu dalam isu kepentingan umat Islam merentas parti politik BN-PR semata-mata untuk menjaga hubungan antara rakan sepakatan, dan melihat misi utama menjatuhkan BN itu lebih penting berbanding maslahah Islam,” ujar beliau memberi respond mengenai seruan Lim Kit Siang agar BN-PR bersatu atas dasar moderat.

Sebuah portal berita semalam melaporkan Lim Kit Siang mencadangkan ‘coalition of moderates’ di antara BN-PR bagi memerangi ekstrimis agama.

Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest

Tentang pengarang

Leave a comment