Kuala Lumpur, 12 Dis – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah supaya semua pihak mematuhi undang-undang enakmen negeri dengan tidak lagi mengedarkan Bible di Selangor pada masa akan datang.

“Beta berharap pengedaran dan percetakan Bible yang mengandungi kalimah ‘Allah’ tidak lagi dilakukan di Selangor,” titah Baginda semasa Hari Keputeraan Baginda pada Khamis.

“Undang-undangnya khusus dan jelas. Ia menjadi satu kesalahan mengikut Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988,” titah Baginda lagi.

“Tetapi, pada masa sama kita harus ingat, Bible yang dirampas itu milik orang Kristian. Ia mesti dipulangkan kepada pemilik sebenar,” Baginda dipetik sebagai berkata.

Sultan juga berharap agar masyarakat bukan Islam menghormati dan melindungi sensitiviti agama Islam di Malaysia, terutamanya di Selangor.

Baginda bertitah bahawa Persatuan Gereja Sarawak (ACS), iaitu penerima bible berkenaan, sedia maklum tentang cap larangan.

Sultan memberitahu, Bible itu dicap kerana terdapat pelanggaran perundangan tahun 1988 meskipun Peguam Negara memutuskan tiada perkara yang menyalahi undang-undang.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkata demikian dalam satu temubual bersama akhbar The Star sempena Hari Keputeraan Baginda.

Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest

Tentang pengarang

Leave a comment