Hanoi, 12 Dis – Pasukan bolasepak negara, Harimau Malaya memperolehi pencapaian membanggakan apabila melayakkan diri ke pusingan akhir Piala AFF Suzuki 2014.

Kemenangan mengejutkan 4-2 ke atas Vietnam semalam mengulangi pencapaian 2010 apabila Malaysia layak ke perlawanan akhir menewaskan Indonesia dan menjuarai piala dwi-tahunan peringkat Asean itu.

Malaysia akan bertemu Thailand bagi perlawanan akhir pertama di Stadium Nasional Rajamangala pada 17 Disember nanti dan perlawanan kedua di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 20 Disember.

Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest

Tentang pengarang

Leave a comment