photo_2015-12-07_07-49-45

Teknik ‘fun n’ interactive’ berkesan tingkatkan hafazan terjemahan al-Quran

Oleh: Yudi Kurniawan Budi

KAJANG, 7 Dis – Kaedah menghafaz terjemahan al-Quran dengan cara ‘fun n interactive’ ternyata berkesan meningkatkan hafazan kanak-kanak.

Teknik itu terbukti berjaya apabila sebahagian besar peserta program Huffaz Cilik Memorize as-Shams bukan sahaja berhasil menghafaz surah tersebut tetapi turut menghafaz terjemahannya.

Program anjuran Biro Keluarga dan Masyarakaf (BKM) dan Kelab Anak-anak Hebat (Nazim) Isma cawangan Kajang berlangsung pada 23 hingga 25 November 2015 di Pusat Komuniti Isma Kajang.

Seramai 28 orang peserta berumur enam hingga 12 tahun menyertai program kali ini yang dirasmikan oleh Ketua Biro Kebajikan dan Masyarakat Isma Kajang Puan Azura Ali.

Menurut Pengarah program Puan Suhaily Johari objektif Huffaz Cilik ialah bagi menanam minat anak-anak untuk menghafaz, memahami dan mencintai al-Quran sejak dari kecil.

“Selain itu program ini diharap dapat memantapkan jati diri anak-anak agar berakhlak mulia dan berketrampilan serta menyediakan suasana atau bi’ah yang solehah untuk anak-anak berinteraksi,” ujarnya lagi.

Diantara pengisian program tiga hari itu termasuklah hafazan surah dan terjemahan as-Shams secara berlagu, penekanan akidah dan pengisian surah serta penceritaan kisah Nabi Salleh dan unta betina.

Terdapat juga program sisipan berbentuk eksperimen ‘DIY’ pembuatan sabun oleh Aunty Haida dari Indah Essentials.

Penyertaan serta komitmen peserta dan ibubapa amat menggalakkan dengan kehadiran seratus peratus sepanjang program berlangsung.

Puan Suhaily berkata untuk tahun hadapan perancangan dilakukan dengan lebih rapi untuk modul yang lebih tersusun dan tenaga yang kompeten dengan sasaran penyertaan 100 orang peserta.

Ibubapa nyata gembira dengan penganjuran program ini dan berhasrat ingin mendaftarkan anak-anak ke program akan datang.

photo_2015-12-07_07-48-54

photo_2015-12-07_07-49-42

photo_2015-12-07_07-49-35

photo_2015-12-07_07-49-31

photo_2015-12-07_07-49-22

photo_2015-12-07_07-49-14

photo_2015-12-07_07-49-10

Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest

Tentang pengarang

Leave a comment