PicsArt_08-19-01.05.27

Teruja tahsin bersama Imam Palestin

KAJANG, 13 Ogos – Peluang bertemu dan bertahsin bersama Imam Palestin, Sheikh Ammar Soleh yang kini berada di Malaysia menghadirkan rasa teruja dan gembira dikalangan peserta Kelas Tahsin Surah Al Fatihah di sini hari ini.

Sheikh Ammar Soleh yang berasal dari Palestin kini berada di negara ini setelah dijemput hadir oleh sebuah ngo sukarelawan terkemuka Aman Palestin bagi mengimamkan solat terawikh sejak Ramadan lepas.

Kelas Tahsin Surah Al Fatihah bersama Imam Palestin merupakan program yang dianjurkan oleh Kelab Anak-anak Hebat (NAZIM) bersama Biro Keluarga dan Masyarakat (BKM) Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Kajang bertempat di Pusat Komuniti Isma Kajang (PKIK), Saujana Impian.

Seramai 17 orang peserta mengikuti program ini yang menetapkan beberapa objektif antaranya mentadabbur surah al-Fatihah, memperbetulkan bacaan dengan guru bersanad dan menyemai rasa cinta kepada Palestin di kalangan peserta.

Terdapat juga slot khas “Palestin di hati” iaitu sesi mengasah bakat arkitek peserta serta kisah kelebihan Palestin dan Masjid al-Aqsa dan kemusnahan yang berlaku akibat serangan Israel.

Diakhir program Sheikh Ammar Soleh berkongsi pengalaman bagaimana anak-anak Palestin yang belajar dalam serba kekurangan dan dihalang oleh tentera israel namun semangat mereka tetap kuat untuk belajar dan menghafaz al-Quran setiap malam selepas solat Isya’.

PicsArt_08-19-01.06.14

IMG-20160813-WA0043

IMG-20160813-WA0035

IMG-20160813-WA0034

IMG-20160813-WA0028

IMG-20160813-WA0024

IMG-20160813-WA0011

IMG_20160819_125915

Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest

Tentang pengarang

Leave a comment