Bangi, 12 Dis – Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) hanya akan memberi manfaat kepada negara dan ekonomi bumiputera sekiranya dasar-dasar kerajaan yang ada kini tetap terus dilaksanakan dan dipelihara.

Naib Yang Di-Pertua Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Kajang, Tn. Hj. Engku Zakir Hussein b. Syed Abdullah berkata perjanjian itu memerlukan Amerika Syarikat menghormati dan mengiktiraf dasar ekonomi kerajaan sekiranya ingin melihat persetujuan bersama dicapai.

“TPPA akan bermanfaat dan tidak memberi impak terhadap autoriti Malaysia jika Amerika Syarikat bersetuju dengan dasar-dasar ekonomi bumiputera negara, dasar pertanian Jepun serta dasar-dasar negara lain,” katanya.

Beliau juga menyarankan agar dasar ekonomi bumiputera sediaada perlu disemak dan dikemaskini selari dengan perkembangan ekonomi semasa terutama sekali dengan harga petrolium yang tidak menentu.

Beliau menambah kerajaan perlu terus melindungi bumiputera agar mampu bersaing dengan kaum lain agar kenakmuran dan kekayaan negara dapat dikecapi dengan adil dan saksama.

Kemajuan dalam proses perjanjian TPPA itu dilihat agak perlahan dan kesungguhan negara-negara yang terlibat juga semakin kurang meyakinkan, berbanding peringkat awal cadangannya.

Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest

Tentang pengarang

Leave a comment