DSC_0201

Usrah Wanita: Ramadan suatu penantian, medan pahala para wanita

KAJANG – Ikatan Muslimin Malaysia cawangan Kajang menganjurkan program Usrah Wanita pada 14 Jun yang disampaikan oleh Ustazah Hasanah Khairuddin bertempat di Tadika Permata Harapan, Taman Impian Murni.

“Bulan Ramadhan adalah bulan yang ditunggu-tunggu kehadirannya kerana bulan ini ialah bulan yang istimewa. Ramadhan adalah bulan berkah, bulan sejuta hikmah, dan bulan kemuliaan. Maka beruntunglah orang-orang yang bertemu dengan Ramadhan dan boleh berbuat kebajikan di dalamnya. Untuk itu, menyambut kehadiran Ramadhan perlu kepada persiapan dari segi fizikal Dan mental,” jelas Ustazah Hasanah.

“Persediaan sebelum Ramadan antaranya ingatkan suami dan anak-anak kedatangan Ramadhan semasa bulan Syaaban lagi. Mula dengan membaca al-Quran sejak Syaaban, mengemas rumah semasa Syaaban,mempereratkan kasih sayang sebelum masuk Ramadan dan teruskan berdoa supaya dapat menyambut Ramadan.”

“Semasa Ramadan, ingatkan suami dan anak-anak bahawa Ramadan sudah bermula. Pastikan Solat Terawih sentiasa dilaksanakan, banyakkan infaq, tadarud al-Quran. Banyakkan tahajjud. Hidupkan malamm Ramadhan. Isteri kejutkan suami ataupun suami kejutkan isteri dan anak-anak sehinggakan Rasulullah SAW berpesan agar renjiskan sedikit air kemuka suami agar sama-sama mengambil fadhilat Qiamullail.”

“Wanita seharusnya merasakan sangat beruntung kerana Ramadhan merupakan medan pahala bagi mereka. Merekalah yang banyak menguruskan sahur dan iftar Keluarga. Sabda Rasulullah SAW “Barangsiapa memberikan makanan untuk berbuka kepada yang puasa, maka ia mendapat pahala seperti pahala orang yang puasa tanpa mengurangi pahala orang yang puasa itu sedikit pun.” (HR. Tirmidzi. Ia berkata: “Hadits ini hasan shahih.”)

“Begitu juga dengan sahur. Wanita mendapat pahala dengan mengejutkan ahli keluarga bersahur. Hadis Rasulullah saw “Barsahurlah kamu semua, sesungguhnya dalam sahur itu ada barakah.” (HR Al-Bukhari dan Muslim). Dengan mengajak orang lain untuk sahur, kita dapat memperoleh pahala.”

Di akhir Usrah Ustazah Hasanah mengajak pendengar untuk terus berdoa agar Allah SWT menemukan kita dengan Ramadhan. Dan sama-sama berusaha menjadikan Ramadhan ini Ramadhan yang terbaik.

Lihat Galeri: https://www.facebook.com/ismakajang/posts/843864395666903

DSC_0229

DSC_0232

DSC_0222

Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest

Tentang pengarang

Leave a comment