20161113_141722

Wet BBQ basahkan iman jalinkan ukhwah

KAJANG, 11 Nov – Aktiviti Wet BBQ yang dijalankan di sini hari ini dapat mengeratkan dan menjalinkan hubungan ukhuwah serta berhasil ‘membasahkan’ hati dan iman.

Antara objektif program ini ialah untuk membina hubungan yang lebih rapat antara jawatankuasa program Pembina dan KRIM, peserta dari Pembina dan juga peserta KRIM.

Menurut pengarah program, Muaz Mohamad objektif lain yang ingin dicapai termasuklah untuk memperkenalkan dengan lebih jelas berkenaan Pembina dan KRIM, disamping meraikan para peserta yang baru selesai menduduki peperiksaan peluang berehat dan bersantai.

Seramai 10 orang peserta Pembina dan tujuh orang peserta KRIM menyertai program ini yang turut diisi dengan slot pengisian bertajuk Hakikat Kehidupan oleh Mohd Sahrularifin Ab Manan.

Para peserta nyata gembira dan seronok menyertai program ini serta berkeinginan untuk menyertai lagi pada masa akan datang.

20161113_141702

20161113_141612

20161113_141536

Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest

Tentang pengarang

Leave a comment