Yahya Abdul Latif Ayyash atau lebih dikenali dengan nama Yahya Ayyash, satu nama yang mungkin jarang kita dengar kisahnya, namun bagi tentera Israel nama ini ibarat ‘hantu’ yang sering mengganggu ketenangan hidup, menakutkan, memburunya seperti memburu bayang-bayang, ancamannya terasa namun tidak diketahui di mana kedudukannya. Inilah seorang pemuda yang berjiwa besar, berkorban jiwa dan raga semata-mata kerana Allah, mewakafkan dirinya demi agama dan tanah air yang tercinta dalam perjuangan untuk mengembalikan maruah dan membebaskan bumi Palestin dari terus berada dalam cengkaman Zionis Israel.

Ringkasnya, Yahya Ayyash merupakan seorang permata hati bagi rakyat di tanah Palestin. Seorang pemuda yang menjadi pengubat kepada derita yang ditanggung oleh rakyat Palestin atas usaha yang dilakukan untuk membebaskan tanah Palestin dari cengkaman penjajah Zionis Israel. Dilahirkan pada 3 Mar 1966 di Raffah dan dibesarkan dalam sebuah keluarga yang biasa-biasa. Beliau dikatakan memiliki kecerdasan yang luar biasa apabila berjaya menamatkan persekolahan menengah atasnya dengan keputusan yang cemerlang sehinga melayakkan dirinya melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan di Beit Zeit Univertsiti sehingga menerima ijazah dalam bidang Kejuruteraan Elektrikal pada tahun 1988.

Yahya Ayyash yang bercita-cita besar ini tidak mahu berhenti setakat memiliki ijazah, beliau berhasrat untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang master di luar negara, tetapi hasratnya dihalang oleh rejim Zionis Isreal. Semenjak itu, beliau telah bergiat aktif dalam pasukan ketenteraan HAMAS yang dikenali sebagai Briged Izzudin Al-Qassam pada awal tahun 1992. Dengan keistimewaan dan kepakaran yang dimiliki, beliau menjadi perintis dalam mencipta bahan letupan yang digunakan dalam perang melawan Zionis Israel yang dikenali sebagai teknik ‘bom syahid’.

Beliau banyak mengetuai operasi-operasi syahid dalam siri mengajar Zionis Israel atas setiap kekejaman yang dilakukan terhadap rakyat Palestin. Kehebatan beliau dalam setiap operasi yang dijalankan menjadikan dirinya sebagai seorang yang amat digeruni oleh Zionis Israel sehingga musuh-musuhnya itu sendiri menggelar dirinya sebagai “The Engineer” atau dalam nama lain “Al-Muhandis”. Kejayaan-kejayaan dalam operasi syahid yang diketuai Yahya Ayyash menjadikan beliau sebagai orang yang paling dikehendaki tentera Zionis Israel.

Kehidupannya yang menjadi buruan utama Zionis Israel menjadikan hidup beliau berpindah randah di merata tempat selama 3 tahun. Selama tempoh persembunyian ini beliau menyamar dalam pelbagai rupa sehingga mampu menyelinap menjadi seorang paderi Yahudi menjadikan dirinya gagal dikesan oleh Zionis Israel. Kesempatan ini juga telah digunakan untuk merekrut lebih ramai rakyat Palestin menjadi pakar dalam mencipta bahan letupan.

Yahya Ayyash telah membuktikan kesaksiannya apabila telah syahid pada hari Jumaat tanggal 5 Januari 1996. Perancangan pembunuhannya telah dirancang oleh Zionis Israel yang berkomplot dengan kenalannya yang lebih mementingkan wang dan harta sehingga sanggup mengkhianati dirinya dengan memasangkan bom pada telefon bimbitnya lalu menghancurkan kepala yang selama ini telah merancang serangan-serangan yang menjadikan Zionis Israel sentiasa berada dalam ketakutan.

Kesyahidannya merupakan suatu khabar gembira buat Zionis Israel kerana mereka menyangka bahawa dengan ketiadaan manusia yang bernama Yahya Ayyash ini dapat melemahkan umat Palestin dari terus mempertahankan kedaulatan tanah airnya. Sangkaan ini ternyata meleset sama sekali kerana hilangnya seorang Yahya Ayyash telah melahirkan lebih ramai Ayyash yang akan meneruskan legasi perjuangannya dalam membebaskan tanah Palestin.

Inilah kisah seorang pemuda yang menghabiskan masa hidupnya semata-mata untuk Allah dan RasulNya, mengerahkan seluruh jiwa dan raganya untuk perjuangan membebaskan tanah air tercinta sehingga menemui kesyahidan dan kini adalah masa untuk beristirehat setelah bertahun-tahun bergelumang dengan lumpur dan debu perjuangan. Pemergiannya telah menghidupkan semangat jihad bagi mereka yang masih hidup. Nyatalah kekuatan dalam perjuangan ini bukanlah bergantung kepada ketua atau guru mereka, tetapi kekuatan ini adalah kekuatan Iman dan takwa yang mengalir dalam semua jasad yang menggelarkan diri mereka pejuang agama.

Disediakan oleh,
Mohd Zulfakar Ishak
Aktivis ISMA Seremban

Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest

Tentang pengarang

Leave a comment