tmp_29025-10982427_10206411388434122_7923432688011312582_n928468824

KAJANG – Yang Di-Pertua Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Kajang, Nazif Emran Farid menyambut baik dan mengalu-alukan pembukaan cawangan kedua Pusat Jagaan Warga Emas Darul Insyirah di Sungai Ramal Dalam, Kajang hari ini.

“Semoga dengan perasmian Darul Insyirah 2 ini menjadi pencetus dan pemangkin kepada pusat-pusat warga emas menghasilkan idea-idea untuk membangunkan masyarakat Islam setempat,” ujarnya.

Darul Insyirah merupakan salah sebuah agensi di bawah ISMA yang berperanan menjalankan gerak kerja kebajikan dan perlindungan kepada warga emas.

Darul Insyirah 2 adalah cawangan kedua yang dibuka secara rasmi hari ini, dan majlis perasmiannya disempurnakan Adun Bangi YB Ust. Shafie Ngah.

Nazif Emran juga berharap dengan pembukaan pusat ini akan berjaya menghasilkan idea bernas berdasarkan pengalaman kolektif yang pernah dilalui oleh setiap warga penghuni di sini.

tmp_29025-10999724_10206411589679153_4746185732946818632_n-2136646211

tmp_29025-11016818_10206411371353695_7844863979434577974_n648220481

tmp_29025-10636095_10206411370553675_464453613066442989_n-1924132107

tmp_29025-10676334_10206411378753880_6382767288290971916_n-19076175

Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest

Tentang pengarang

Leave a comment